The Red Giants

EN
MY
Selangor FC
SELANGOR FC
BERITA

Selamat kembali Khairulazhan, Mukhairi Ajmal dan Quentin!

Jan 07, 2022 - FAS

Semalam tiga lagi pemain kebangsaan Selangor FC Khairulazhan Khalid, Quentin Cheng dan Mukhairi Ajmal kembali menyertai sesi latihan bersama rakan sepasukan yang lain di FAS Training Centre, Shah Alam.

Selain mereka, Shahrel Fikri, penyerang kebangsaan telah menjalani sesi latihan awal dalam minggu yang sama. Pemain-pemain kebangsaan diberi rehat selepas tamatnya saingan Piala AFF Suzuki yang telah berlangsung di Singapura pada bulan Disember 2022 lalu.

Khairulazhan Khalid, penjaga gol utama Selangor FC sempat ditemubual sebelum latihan sesi petang dimulakan menyatakan perasaannya kembali berlatih di kem Gergasi Merah. 

"Alhamdulillah, untuk hari pertama berlatih hari ini, saya sangat gembira dapat kembali berlatih dengan rakan sepasukan dan bersemangat untuk berjuang tahun baru ini,

"Saya dan rakan sepasukan akan berkerja keras untuk capai sesuatu untuk musim ini, inshaaAllah," ujar Khairulazhan Khalid.

Pemain muda yang berjaya beraksi bersama pasukan senior kebangsaan musim lalu, Mukhairi Ajmal juga turut ditemubual sebaik sahaja beliau tiba di FAS Training Centre.

"Saya gembira dapat bertemu rakan sepasukan yang baharu. Saya berharap semua pemain dapat berikan yang terbaik bersama-sama untuk Selangor FC musim ini," kata Ajmal.

"Saya merasakan barisan kejurulatihan musim 2022 merupakan motivasi baharu untuk pasukan. Kita perlu ikut strategi dan taktikal yang telah dirancang oleh mereka. InshaaAllah, sama-sama kita berikan yang terbaik untuk pasukan," kata Ajmal tentang barisan kejurulatihan musim ini.

Selangor FC mengucapkan selamat kembali kepada Khairulazhan Khalid, Quentin Cheng dan Mukhairi Ajmal ke kem latihan Gergasi Merah.

Demi Kebanggaan!